BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 19, 2010

"ORanG YaNg CEMERLANG meLiHat SeTiaP haLanGan SeBagai PELUANG uNTuk meNGasaH POTENSI, maNakaLa oRanG YaNg TiDak CeMeRLang menGanGGaP setiap HALANGAN seBaGai ALASAN yanG menYebabkaN KEMUNDURANNYa"

Monday, October 25, 2010

aKu oRaNg MeLaYu

M.E.L.A.Y.U

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!


(SeKiTaR PerHimPuNan 2010)

Sunday, September 26, 2010

SaLaM LeBaRaN


Ada ketikanya MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH t’lanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir & HATI silap menduga.
Mohon maaf atas segalanya....

Selamat Hari Raya...

Sunday, August 29, 2010

MerDEKa!!MerDEKa!!MerDEKa!!

Detik ini…..

Pada tanggal 31 Ogos

Berulang lagi,

menjelma lagi,

Negaraku merdeka.

Dalam keriangan ini……

Kenangilah jasa perajurit,

jasa pejuang kemerdekaan

Yang tidak mengenal erti kekecewaan.

Aku bangga menjadi anak Malaysia,

Aku bangga mengibarkan jalur gemilang,

Aku bangga kereta nasional meluncur di jalan raya,

Akulah pengisi kemerdekaan ini,

Demi generasi akan datang.

Semoga negaraku sentiasa berdaulat,

Gemilang dan terbilang,

Aku anak Malaysia………..



MERDEKA!!MERDEKA!!

Tuesday, August 10, 2010

SaLaM RaMaDHaN

SaLaM...

BersYukuR ke HaDRaT aLLaH swt, kiTa masih berPeluanG untuK menunaikaN iBadaT PuaS di bulan Mulia ini..BulaN RamaDHaN...SeMoGa seGaLa amaLaN kiTa diteriMa dan meNdapaT RahMaT dariNYa....

Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.

Mari SaMa2 kiTa reNuNgKan aDaB beRPuaSa Di BuLaN RamaDHaN....

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Tuesday, June 1, 2010

iSTiMeWaNya WaNiTa....

Salam...

UntUK TaTapaN berSaMa.....

ISTIMEWANYA SEORANG WANITA

Banyak kaum wanita yang bilang betapa susahnya menjadi wanita. Lihat saja peraturan-peraturan di bawah ini:

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) bila dibandingkan dengan
laki-laki,

2. Wanita perlu meminta izin suami apabila ingin keluar rumah, tetapi tidak
sebaliknya,

3. Apabila menjadi saksi (suatu perkara), maka jumlahnya lebih sedikit bila
dibandingkan dengan laki-laki,

4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada laki-laki,

5. Wanita harus menghadapi kesusahan, seperti mengandung dan melahirkan anak,

6. Wanita wajib taat kepada suami, sementara suami tidak wajib taat kepada wanita,

7. Talaq terletak pada laki-laki, bukan pada isteri,

8. Wanita kurang dalam beribadah karena adanya haid dan nifas. Hal tersebut tidak
terdapat pada laki-laki.


Berdasarkan hal-hal di atas, maka banyak wanita yang tidak henti-hentinya berpromosi untuk “MEMERDEKAKAN WANITA”. Pernahkan kita lihat sebaliknya???

Sebelum anda menyetujui pendapat di atas, perhatikan betapa Allah swt. memang telah berlaku adil pada setiap makhluknya, tidak peduli ia wanita maupun laki-laki:

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga, dibelai, serta disimpan di tempat yang
teraman dan terbaik. Ibaratnya, tidak mungkin permata akan dibiarkan terserak
bukan? Seperti itulah wanita diibaratkan,

2. Wanita wajib taat kepada suami, tetapi tahukah Anda, bahwa laki-laki wajib taat
kepada ibunya (wanita) 3 kali lebih utama daripada taat kepada bapaknya,

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada laki-laki, tetapi tahukah Anda,
harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
sementara laki-laki apabila menerima warisan, maka ia wajib menggunakan hartanya
untuk istri dan anak-anaknya.

4. Wanita harus bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah Anda,
bahawa setiap saat wanita didoakan oleh segala makhluk dan malaikat-malaikat
Allah di seluruh alam semesta, dan bahkan jika ia mati karena melahirkan, maka ia
mati syahid dan surga menatinya,

5. Di akhirat kelak, seorang laki-laki akan dipertanggungjawabkan pada 4 wanita,
yaitu: Isterinya, Ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Artinya,
bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang laki-laki,
yaitu: Suaminya, Ayahnya, Anak laki-lakinya, dan saudara laki-lakinya,

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu surga dari mana saja ia inginkan, dan cukup
dengan 4 syarat: Sholat lima waktu, Puasa Ramadhan, Taat kepada suaminya, dan
menjaga kehormatan dirinya,

7. Seorang laki-laki wajib berjihad fiy sabililLah, sementara bagi wanita jika taat
kepada suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah, maka ia akan
turut menerima pahala setara seperti pahala laki-laki yang yang pergi berjihad
tanpa perlu mengangkat senjata.


Masya Allah... Demikian sayangnya Allah pada wanita.

Yakinlah, bahawa sebagai zat yang Mahapencipta yang menciptakan manusia, maka sudah pasti Dialah yang Maha Tahu seluk-beluk manusia, sehingga segala hukum dan peraturannya adalah yang terbaik bagi manusia.

Berbahagialah wahai para muslimah! Jangan risau hanya untuk aprtesiasi absurd dan semu di dunia ini. Tunaikan dan tegakkan kewajiban agamamu, niscaya surga menantimu. All the Best for Women...

Thursday, April 22, 2010

Go GReeN...

CiNtaI aLam SeKiTar...

Jangan buanG sampaH meRata-Rata..

gUnakaN baRanGan kiTar SeMuLa...

HeNtIkan PeMbakaran TerBUKa...

JagaLah BuMi kiTa.... (",(".)



CoNGRaTe To PaRt 6 StuDeNts.... KeMpEn Go grEEn mMg GreeN liGhT..hehe...

KHiDmaT MasYaRaKaT

aLhamdulillah...

SeLain BerTuGas seBagai pendidik.. i have oPPoRTuNity daLaM meMbanTu meMberi suMbangaN kePada masyaraKat SeTeMPaT

KeM TitIan GeMiLanG anjuRan PeJabaT PeLajaRan DaeraH Dan JabaTaN peLajaRaN neGeRi TeReNGGanU menJadi PlaTFoRm unTuk diRi ni MembanTu PelajaR tiNGKataN 6 DaLaM meNyunTik SeMaNgaT suPaYa berJaYa meNGHaDaPi STPM Pada BuLan 11...

DIhaRaP PaRa peLajaR Dapat KmBali FoKuS KePaDa STPM..stuDy SmaRt anD GeT gooD reSuLTs....(p/s: KaKaK FaSi tuNggu u aLL di UiTM seBagai SiSWa/sisWi)





MeNgeMaS iSTaNa impian (KheMah).....



acaRa memaSak... ramai penganti chef wan nie... hehe (kak FaSi PuN tumPang sekali)


Pemandangan DisubuH aRi..berMalam di Pantai... BerBumbugKan langit..berLantaikan paSiR ....


JoM MasUk HuTan... ;)

diNNeR.. aRaBiC NiGHT...

SalaM...

In ThIS PoSt...i LiKe To ShaRe SoMe piCtuReS durInG dinnER... FaCuLtY adMiNiSTRatiVe ScieNce aNd PoliCy sTudieS.....

enjoYyyyyyyy.......



BaRiSaN LeCtuREr Yang VVIP oN That nigHT... aik.. baRu peRaSan... i x De DaLaM GamBar..huhu


DuLu DuDuK aS a stuDenT. noW.. i'm onE oF ThE leCtuReRs... ;)


PerSEMbaHaN DaRi PaRT 2.. Tarian aRab... ;)


BeRSaMa aNak diDiK... ;).. TeRaSa mUda miS TiMe nie... hehe


PerseMBahaN Dari PaRt 6... aci aCi...Buka PiNtu..



(THankS FoR CaMeRaMan.... FoR The niCe piCtuReS...)

deBaT...

SaLaMmm...

DiKeSeMPaTan ini, TaHNiaH inGin diUcapKaN to aLL CoMMiTTee MembErs Yang TeLah MeNJaYaKan PerTandinGan DeBaT DiP PnTadbiran AwaM anTaRa PaRt.... u aLL HaVe doNe a greaT joB!!!

TahniaH juGa kePaDa ParT 6 MembErs yang Menang DalaM pertandingan akhiR.... untUk TeaM yang KalaH... cUba lagi di lain Masa k.... ;)

Soooo.. See u FoR thE neXT TiMe.... ;)










Tuesday, April 6, 2010

1 unTiL 3 aPRiL 2010

Salam....

what happen on that date???1 april??? april fooL????hehe.... actually on 1 until 3 april..i have spent my time with my students..where???? at keM rekreasi gemia...

alhaMDuLLilah..KeM Jati DiRI PeLajaR PaRT 3.. anjuRaN asCaPs...TElaH daPat diaDaKan... tHanks TO aLL UruSetia ( u aLL mmG uruS yang SetIa....), FasiliTatoR..incluDiNG me as weLL..KeM koMandeR (uSTaZ Z).... anD peserTa keM....


PeserTa dIbeRi peNeRanGan oleH KeM koManDeR.....


PeLaJaR PaRt 3


TiUp..JanGaN x TiuP...


SeMpaT berGamBar deNgan PeseRTa... ;)


DeNda.. siSwi KeNa denDa BereNdaM.. hihi

Monday, March 29, 2010

SuaRa Ku BerHaRaP

Disini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu..
Aku tanpamu..

Bila esok hari datang lagi
Ku cuba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu
Meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamamu disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan..

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap disini (tetap disini)
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu (aku menunggu)
Aku menunggu..

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku..


Friday, March 19, 2010

BuKaN CINTA BiaSa....

Dipegang jubah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu.
“Apakah ini kerana Allah?” tanya hampir berbisik.
“Ya, wahai isteri ku. Semua ini kerana Allah,” jawab suaminya lalu segera berlalu. Tanpa toleh, tanpa berpaling.

Mendengar jawapan itu Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi. Mata dan hatinya menghantar suaminya Ibrahim AS berlalu pergi. Tega dan redha. Kalau suami ku bertindak meninggalkan aku kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.

Itulah sedikit gambaran perpisahan kerana Allah. Nabi Ibrahim AS rela meninggalkan isteri dan anaknya Ismail di bumi yang kering kontang. Satu lembah yang gersang jauh daripada manusia, haiwan dan tumbuhan. Ya, itu semua perintah Allah. Demi cinta khalik yang lebih tinggi dan suci, ditinggalkannya cinta terhadap anak dan isterinya. Itulah hati Nabi Ibrahim. Jika dulu dia diuji dengan bakaran api, kini dia diuji lagi oleh perpisahan dengan anak dan isteri.

Jangan disangka hanya Siti Hajar sahaja yang menderita ditinggalkan, tetapi bayangkanlah juga derita suaminya Nabi Ibrahim yang “meninggalkan”. Kekadang orang yang meninggalkan lebih perit dan sakit penanggungannya daripada orang yang ditinggalkan. Namun apakah pilihan Ibrahim, bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa…
Mengapa hanya kata-kata “apakah semua ini kerana Allah?” yang diminta kepastian oleh Siti Hajar terhadap suaminya Nabi Ibrahim? Mengapa tidak ada ucapan yang lain? Mengapa tidak diucapkan, “kenapa sampai hati kau buat begini?” Tidak, ucapan seumpama itu sama sekali tidak terkeluar daripada mulut isteri solehah seperti Siti Hajar. Apa yang hendak dipastikannya hanyalah satu… semua itu dibuat oleh suaminya kerana Allah. Bila kerana Allah, tenanglah hati Siti Hajar… Tuhan pasti tidak akan mengecewakannya. Suaminya tidak akan menganiayanya.

Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah. Itulah tradisi dalam cinta para solihin dan muqarrabin. Dan iktibar buat kita, untuk mengekalkan cinta dalam rumah tangga inilah juga teras dan asasnya. Jangan ada “kerana” yang lain. Jika ada yang lain, pasti cinta itu tergugat jua walaupun bagaimana teguh sekali pun janji dan peneguhan kata yang pernah dimeterai. Untuk mengekalkan cinta, ini sahaja prinsipnya – berbuatlah apa sahaja kerana Allah. Lurus, tulus dan telus tanpa belok dan bengkok.

Sekalipun terpisah, namun cinta Nabi Ibrahim dan Siti Hajar tidak pernah luntur. justeru kedua-dua berpegang kepada asas cinta yang kekal… cintakan Allah. Dan bila mereka bertemu kembali, beberapa tahun kemudiannya, cinta itu teruji lagi. Kali ini Nabi Ibrahim diperintahkan pula oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim tekad, Ismail mesti dikorbankan. Tetapi bagaimana Siti Hajar?

Siti Hajar teruji lagi. Nilai anak bagi seorang ibu, kekadang melebihi nilai suami kepada seorang isteri. Ikatan hati antara ibu dan anak jauh lebih teguh dan kukuh daripada ikatan suami dan isteri… begitu kekadang pakar-pakar psikologi mengungkapkan. Namun itu sedikit pun tidak menjejaskan jiwa Siti Hajar, sekali lagi “jika itu kehendak Allah” dia pasrah. Allah tidak akan mengecewakannya. Siti Hajar rela “kehilangan” anak dan suami berkali-kali. Seperti air zam-zam yang menyuburkan lembah Makkah yang gersang maka begitulah iman yang memperkasa jiwa Siti Hajar. Sekali lagi dia rela dan tega.

Ah, agungnya sejarah itu. Namun di mana asas kekekalan cinta itu masa kini? Kadar perceraian melonjak semakin tinggi. Janji hidup bersama, mati berdua hanya jadi mainan kata sewaktu bercinta. Tetapi sebaik musim bulan madu berlalu, cinta semakin hari semakin terhakis. Dan akhirnya usahkan untuk mati bersama, hidup berdua pun sudah tidak mampu lagi. Suami jemu dengan kerenah isteri. Isteri bosan dengan tingkah laku suami… tak berubah-rubah, macam-macam tu juga. Akhirnya, perceraian pun tidak dapat dielakkan lagi.

Mengapa ini berlaku? Jawabnya, kerana dalam hati suami dan isteri itu tidak ada lagi prinsip “kerana Allah”. Rasa syak wasangka, marah melulu, kecewa, jemu, jeran dan terancam mula bersarang dalam jiwa apabila “bukan kerana Allah” menjadi begitu dominan dalam sanubari suami dan isteri masa kini. Semakin lama berumah tangga semakin ketara segala kelemahan dan kesalahan.

Pada mulanya dicuba-cuba juga bersabar. Ah, demi cinta ku pada nya, begitu pujuk-pujuk hati. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, segala-galanya masih “gitu-gitu” juga. Bila suami sampai di muka pintu (pulang daripada bekerja), muka isteri mencuka, keluhan atau leteran pun bermula, tidak ada lagi salam berkucup tangan, tidak ada lagi wangian dan haruman, tidak ada jawapan salam yang sopan…

Dulu pernah suami menegur bersulam kata dengan kiasan dan perlambangan. Namun isteri buat tidak tahu kerana di hatinya juga ada “dendam”. Ah, kau sahaja yang ingin aku berubah, kau pula bagaimana? Aku jemu melihat kau umpama raja dalam rumah tangga yang menyuruh aku membuat segala-galanya. Sejak bangun tidur aku bagaikan hamba sahaya yang asyik membersihkan, memasak, mengasuh, mengemas dan seribu satu kerja lagi, gerutu hati isteri.

Kau tidak pernah berubah wahai suami. Pakaian bersepah. Tingkah laku mu jauh daripada yang ku kenal dahulu. Pantang ditegur, ego mu meledak. Kau semakin bungkam dan bisu ketika aku ingin meluahkan dan menceritakan segala-galanya. Dan perlukah aku meluahkannya lagi, setelah berkali-kali kau seakan tuli untuk mendengarnya!

Jiwa yang kecil akan membesarkan masalah yang remeh apatah lagi masalah yang memang besar. Bila di hati tidak ada lagi “kerana Allah”, rumah tangga akan semakin goyah. Di dalam hati sudah timbul bibit-bibit ingin berpisah… Berpisah secara rasmi dengan jatuhnya talak bersendikan syarak atau berpisah secara sepi, dengan putusnya ikatan cinta tanpa kemesraan dan keharmonian hati.

Jasad rapat, tetapi hati kian jauh terpisah. Sesetengah pasangan nekad terus mengambil keputusan untuk berpisah. Jika begini apa gunanya ditunggu lagi, kita bercerai! Dan sesetengah pasangan pula tetap di situ mempertahankan cinta yang bagaikan hidup segan mati tak mahu – “better bend than break” (biar sekah asalkan tak patah). Golongan ini sabar mengharungi perkahwinan yang tidak bahagia.
Mereka yang memilih bercerai, inginkan bahagia di tempat, di suasana atau dengan keadaan yang lain (dan mungkin juga dengan orang yang lain?). Tidak ada gunanya mempertahankan perkahwinan yang tidak bahagia… cari sahaja bahagia di tempat yang lain. Mereka yang bertahan pula mungkin merasakan, jika pasangan ku ini pun tidak memberikan aku bahagia, sedangkan aku yang mencari dan dicarinya dulu, mana ada jaminan aku bahagia dengan orang atau di tempat yang lain? Biarlah, aku bertahan sahaja…

Siapa antara kedua golongan ini yang lebih bernasib baik? Yang bercerai untuk mencari bahagia atau yang bersabar dengan perkahwinan yang tidak bahagia? Subhanallah, hasil kajian menunjukkan setelah bertahun-tahun berlalu mereka yang bersabar degan perkahwinan yang tidak bahagia akhirnya lebih bahagia daripada mereka yang mengambil keputusan untuk bercerai!

Itulah berkat sabar. Kerana kesabaran itu lebih dekat dengan iman. Bukankah kesabaran itu separuh daripada iman. Dan dalam iman itulah tersemat roh kalimah “kerana Allah”. Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang sabar. Bukankah dalam hidup ini, mereka yang berjaya mengharunginya bukan orang yang bijak, cantik dan ternama… tetapi oleh orang yang sabar.

Justeru, walau seteruk mana kerenah pasangan kita, belajarlah menerima dia seadanya. Bersabarlah dengan sikapnya kerana dia pun hakikatnya sedang belajar bersabar dengan kerenah kita. Jangan marah jika dia tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki kerana kita juga hakikatnya tidak berubah mengikut apa yang kita sendiri kehendaki.

Kita tidaklah setabah Siti Hajar dan pasangan kita pun tidak sebaik Ibrahim… namun setidak-tidaknya kita mengakui dan sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata “kerana Allah”. Ingatlah, ragam, karenah dan tabiat pasangan kita bukan semuanya untuk diselesaikan. Seperti juga masalah-masalah hidup yang lain ada yang dapat diselesaikan dan ada yang tidak.

Bagaimana menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan? Ya, ada masalah yang kita “kena hidup dengannya.” Selama-lamanya. Ia memang tidak dapat dan tidak perlu diselesaikan… Mengapa? Allah takdirkan begitu sebagai saluran kita merintih, merayu dan bergantung kepada-Nya.

Oh, rupa-rupanya Allah pasangkan kita dengan pasangan kita untuk kita saling merintih kepada Allah dalam menghadapi kerenah masing-masing. Allah menguji kita melalui dia, Allah menguji dia melalui kita. Inilah yang kita belajar daripada cinta dan sabar dalam rumah tangga Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar. Sesungguhnya, cinta mereka itu bukan cinta biasa!







(SELESAI MEMBACA....TERASA DIRI INI BERTUAH KERANA DIKURNIAKAN KASIH SAYANG DARI INSAN YANG AMAT MENGHARGAI DIRI KU.....TERIMA KASIH CINTA...gadistimur...)

Tuesday, March 16, 2010

KeBeNaRaN iTU PaHiT.....

Salam....

Membawa kebenaran itu memang payah
Namun...
Jika hati itu telah menjadi milik Allah
Maka tiada lagi kegundahan jiwa.

Bukan mudah...
Yang penting walau apa pun persepsi manusia
Selagi Al-Quran dan As-Sunnah menjadi benteng kehidupan,
Juga...
Solat lima waktu ditegakkan dengan penuh kehambaan

Pasti...
Pasti akan Allah s.w.t. tunjukkan jalan.
Ambillah insan...
Pengalaman hidup yang dilalui sebagai pengajaran

Namun...
Kesedaran yang Allah ilhamkan
Mampu menggoncangkan hati dan iman

Sungguh...
Bukan mata yang buta tapi hati di dada
Beruzlahlah kelak kan kau temui hikmah
Bersabarlah sesungguhnya itu adalah tarbiyah Allah

Bersihkanlah....
Segala persepsi yang membelenggu dirimu
Aku hanya berpesan
Untuk sama seiring sejalan menuju Tuhan

Yakinlah...
Sungguh Allah itu dekat
Mengapa tidak kau rasainya

Apakah manusia telah lupa?
Setelah ia merasakan kecukupan dalam kehidupan
Ia sombong pada Tuhan...
Ia lupa...
Siapa yang membukakan matanya selama ini?
Siapa yang memberikan rezekinya selama ini?
Siapa?
Kalau bukan Tuhan...
Tapi kenapa manusia lupa...

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia (yang bertakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Mahat Teliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan." (An-Nisa,4:135)

"Dan inilah jalan Tuhanmu yang lurus. Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang menerima peringatan." (Al-An'am,6:126)



....petikan dari sebuah laman web.....

Sunday, March 14, 2010

uCaPan TahniaH...

Salam...

Dikesempatan ini... i would like to say congratulation... to Tan Sri Mohd Sidek Hassan atas kepercayaan yang diberi oleh Dato Seri Najib dan Yang Dipertuan Agong untuk meneruskan tugasan sebagai Chief Secretary to the Government of Malaysia untuk tahun 2010-2011...




Semoga pekhidmatan awam Malaysia akan terus berkembang dan maju dibawah teraju Tan Sri...insyaallah...




Ucapan Tahniah untuk Pak anjanG... u as my idola....i will try my best to be as good as u...insyaallah....

JoM JaLan-JaLan

SaLaM....

dalam kesibukan menghadiri aktiviti student..masyarakat.. masa juga di curi untuk merehatkan badan.....kemana????

alhamdulillah...keletihan terubat dengan ade nya kawan-kawan yang happening...ceria... so..spent time dengan member-member lama (schoolmate) nie memang best!!!


Sg LembinG..tempat yang masih kekal dengan flora dan fauna....udara nyaman...ikan pun banyak.....hehe.... tengok je gambar nie...memang best!!! acara mandi-manda



bakaR per???buat asaP jer..halau nyamuk..hihi



@BukiT tinGgi... pemandangan yang SangaT CantIk



PosiNg DuLu....1...2....3.... cLiK!!



haha...MaCam SuDah lame je keje sni...hihi..taMan JepuN..BuKiT tinggi...


i enjoy the day....hope u all enjoy the pictures... ;)

wHO iS PEMBELA BANGSA...???

Salam perjuangan....

Sekalung tahniah kepada kepimpinan UMNO Pahang kerana berjaya menganjurkan KONVENSYEN PEMBELA RAKYAT pada 19- 21 FEb ...JenGKa, Pahang....

MeLalUi PrOGRaM inI...seBagaI GeneRaSi Muda..BanYaK inPUT yanG diPeRolEHi.....PerBinCanGAn deNGan Pemimpin....PejuanG VeteRaN....RaKaN2.... menjadi kn diri ini leBiH berSemangaT.... ;)

So...diharap agar proGRaM sePerTi ini DapaT diaDaKan Lagi bagI menyuntiNg SemaNgaT Dan berKongSi resePi daLaM memPERjUANgKAn RAKyAT.....!!!!



i have opportunity to meeT DS NajiB....TS MuHyiDDiN...seCaRa cloSE uP.... ;) SegaLa amaNAT..akaN Ku JadikaN panduan dalaM menyedapkan dan memantapkan lagi resepi Pembela bangsa...insyaallah...



with mY muM......one oF mY spiriT.....



gamBaR kenangan bersama....DaTo TaN ( TiMBalaN mnteri BesaR PaHang) & eN HaZMI ( keTua Bahagian Indera MahkoTa)



SireH JunJunG....peMegaNg BunGa TaBaK...penympuT kedatangan Dato SerI PreSiden....DaN..TimBalaN presiDeN....



wiTH My cliCK.....BariSaN AJK PuTeRi UMNO inDERa MahkoTa.... terMasUk KetUa Puteri Bahagian.... ;)


JaWaPan Sudah diperolehi...kiNi tanggungjawab jangan diLupai.... UMNO PEMBELA RAKYAT!!

My 1st TasK...

salam....

Bertemu kembali kita di alam cyber....sedar x sedar dah hampir 1 bulan i did not update this blog...sori...may be kekangan masa yang x mengizinkan...

so....in this posts i like to share my experience in handling students program...even b4 this i mmg dah selalu kena handle program.... perbezaan kali ni is...i as a tenaga pengajar...not student any more....

on 12-13 feb.... satu kem jati diri telah diadaakan untuk pelajar2 semester 2 dip pentadbiran awam..UiTM T..... it was one of the best programs.... i really enjoy it...

so..there some pictures to share.....



nasib baik pandai pasang khemah..hehe


"SEMUA TURUN!!!"...hihi....denda untuk siswi......


muka baru bangun tido...miss pun same .. ;) pengalaman tido di atas pasir pantai...dungun...beratap kan bulan dan bintang.... berbantal kan tangan... 1 pengalaman yang x dapat di lupakan...


acara menyumpit..cari makanan..wahh...terasa macam kat sarawak la pulak...


alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar..me as the project leader like to thanks for all the contribution from... kem komanden.....fasilitator....koordinator prgram...urusetia.. dan paling dihargai...peserta...student part 2...u all mmg best!!!

Thursday, January 28, 2010

JauH Lagi PerJalanaN ku...

Salam perjuangan...

28hb Jan.. Genap 1 bulan dengan tugas baru... al-hamdulillah...syukur segalanya berjalan dengan lancar.. like people said "TO TEACH is TO LEARN"... kena la start buka kitab lama... AC KAPUR.. hehe.. teringat dulu masa belajar di Sarawak.... buku AC Kapur ni mmg jadi buku kewajipan bagi students DPa....hehe...

title "CikGu" kepada "MiSs" tugas ku masih tetap sama..mendidik anak bangsa..ini lah sumbangan aku terhadap negara...

apa yang diharapkan..semoga tahun 2010 memberi rahmat dalam kehidupan dan semoga diri ini terus tabah dalam meniti kehidupan...insya allah........

Wednesday, January 13, 2010

iLMU iKHLaS.....

“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.





(CerPeN sempENa mY neW joB.... 281209...)