BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 11, 2011

aNuGeRaH TeRiNdaH



TeRiMa KasIH Ya ALLAh...aTaS anuGeRaH iNi....
(RaYYaN aZ ziKRy)

Kau adalah anugerah
Hadirnya mu mendamaikan
Kau adalah anugerah
Yang membawa sebait senyuman

Hanya dikau yang di jiwaku
Kaulah satu
Hanya kau yang satu

Kaulah definasi cinta
Sebaik-baik manusia
Cahayamu mempersona

Kaulah epitomi cinta
Terbaik dari semua
Auramu membakar asmara

Hanya dirimu untukku
Buat selama-lamanya

Kaulah definasi cinta
Sebaik-baik manusia
Cahayamu mempersona

Kaulah epitomi cinta
Terbaik dari semua
Auramu membakar asmara
kaulah definasi cinta
kaulah epitomi cinta
kaulah anugerah terinda
Kaulah epitomi cinta
Terbaik dari semua
Auramu membakar asmara
Kaulah anugerah

Kau adalah anugerah
Hadirnya mu mendamaikan

Sumber >> Aril AF7 - Anugerah Terindah

Friday, November 19, 2010

"ORanG YaNg CEMERLANG meLiHat SeTiaP haLanGan SeBagai PELUANG uNTuk meNGasaH POTENSI, maNakaLa oRanG YaNg TiDak CeMeRLang menGanGGaP setiap HALANGAN seBaGai ALASAN yanG menYebabkaN KEMUNDURANNYa"

Monday, October 25, 2010

aKu oRaNg MeLaYu

M.E.L.A.Y.U

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!


(SeKiTaR PerHimPuNan 2010)

Sunday, September 26, 2010

SaLaM LeBaRaN


Ada ketikanya MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH t’lanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir & HATI silap menduga.
Mohon maaf atas segalanya....

Selamat Hari Raya...

Sunday, August 29, 2010

MerDEKa!!MerDEKa!!MerDEKa!!

Detik ini…..

Pada tanggal 31 Ogos

Berulang lagi,

menjelma lagi,

Negaraku merdeka.

Dalam keriangan ini……

Kenangilah jasa perajurit,

jasa pejuang kemerdekaan

Yang tidak mengenal erti kekecewaan.

Aku bangga menjadi anak Malaysia,

Aku bangga mengibarkan jalur gemilang,

Aku bangga kereta nasional meluncur di jalan raya,

Akulah pengisi kemerdekaan ini,

Demi generasi akan datang.

Semoga negaraku sentiasa berdaulat,

Gemilang dan terbilang,

Aku anak Malaysia………..



MERDEKA!!MERDEKA!!

Tuesday, August 10, 2010

SaLaM RaMaDHaN

SaLaM...

BersYukuR ke HaDRaT aLLaH swt, kiTa masih berPeluanG untuK menunaikaN iBadaT PuaS di bulan Mulia ini..BulaN RamaDHaN...SeMoGa seGaLa amaLaN kiTa diteriMa dan meNdapaT RahMaT dariNYa....

Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.

Mari SaMa2 kiTa reNuNgKan aDaB beRPuaSa Di BuLaN RamaDHaN....

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)