BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 15, 2009

diMaNa LeTaknYa KeCaNTiKaN SeoRaNG WaNiTa?????

cantiknya seorang wanita itu,
sebagai seorang gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik

cantik seorang wanita itu,
sebagai seorang remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

cantik seorang wanita itu,
sebagai Hawa tidak pada kerana bijak menruntuh iman kaum Adam

cantik seorang wanita,
sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan

cantik seorang wanita itu,
sebagai isteri merempuh badai di sisi suami

cantik seorang wanita itu,
sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar duai

cantik seorang wanita itu,
sebagai ibu membuai anak, kala suami menjalin mimpi

cantik seorang wanita itu,
sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua

cantik seorang wanita itu,
sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit

cantik seorang wanita itu,
sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara

cantik seorang wanita itu,
sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf

cantik seorang wanita itu,
sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis

cantik seorang wanita itu,
sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

p/s : wanita itu tetap harum walaupun sebelum ini telah disalah petik dan dipetik semula oleh tangan yang diredhai ALLAH..sesuai dgn perumpamaan ini : MELUR TETAP HARUM..
walaupun melur itu telah dipetik tetapi keharumannya kekal selamanya..

0 comments: